101 DESTINANTION PROJECT | DATARAN MERDEKA KL .




Hai gais. Mesti semua dah biasa dengar Dataran merdeka. Sekali pandang memang ianya adalah 1 kawasan lapang yg ada padang dan bangunan lama ! Tp sedarkah uols semua, banggunan lama tersebut adalah sebuah mahkamah dan padang di hadapan mahkamah itu dahulunya tempat bermain kriket ?

Hehehe, nah . mia kongsikan sedikit info dr ensiklopedia :

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu,Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary'sAnglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.
Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.[1] Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaanMalaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.
Bangunan Sultan Abdul Samadmerupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British.

Tiang bendera pada waktu malam
Tiang bendera setinggi 95-meter, antara yang tertinggi di dunia, menandakan tapak itu dengan kepingan bulat marmar hitam. Ia terletak di bahagian selatan dataran.[2]
Bangunan kayu separuh Tudor dibina pada 1890 dan menjadi tempat menonton perlawanan Kriket pada petang Ahad.
Bangunan Kelab Di raja Selangor stail Tudor, yang dibina pada 1890jauh berbeza dengan bangunan seni bina Moorish bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak arah bersetentangan dataran.
Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995. Dataran Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika terjadi peperangan sebagaimana di Iraq.
Namun begitu pada tahun 1998, Dataran Merdeka ditenggelami air banjir kilat yang melimpah dariSungai Bonus . Tahun 1971 Kuala Lumnpur turut ditenggelami banjir besar.
Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 termasuk Konsert Menjelang Malam Merdeka.
Bukan waktu siang je dataran merdeka ni meriah . waktu malam minggu akan ada aktiviti keluarga. Contoh nya, malam minggu akan ada ibu bapa yg bawa anak anak kecil mereka di sini. Nah, bukan itu sahaja , sometimes akan ada jualan ala ala vendor di dataran UNDERGOUND. Mia pasti ramai yang tak tahu. Sebenarnya bawah padang tu ada lagi dataran utk korang shopping cenderahati. So , jgn sesekali kata dataran merdeka tak best ! Hehee

Dalam dataran underground ada mural  , bena insta ( boleh duduk belakang tu and capture pic ) , toilet , kaunter pertanyaan , cafe kecil , dan gerai2 menjual cendera hati. Yg mia cakap pasal vendor tu ada hari2 tertentu sahaja ada event okey. Bukan tiap hari. Nak tahu kene follow insta dataran underground.









Harap info ni berguna.

Xoxo,
Mia

Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia