#LADYBAT'S STORY : NUFA FAMILY DAY


Hai semua. Kali ni gua nak update pasal Nufa Family Day yang diadakan semalam 14/06/15 .  Tepat jam 7.10 bofen gua dah terpacak kat bawak umah kakak gua. Gua pun terlambat a few minute sbb penangan char kuew teow udang galah. Kikiki.




Kami semua meet up di hentian kinrara around 7.40 am dan gerak ke padang MSN dalam pukul 8 pg. 

Sampai je kat padang, gua pun agak surprise dgn padang turf a.k.a sintetik. First time sampai kan. Hiks.

So , dah sampai.. Takkan nak dok saje kan. Gua pun jalankan duty jadi photographer yang tak bertauliah langsung. Hahaha.


Game pun di mulakan, bie awal2 dah nak score tp shoot tak berapa tepat. After a few trial and kebomm ! He made it. First goal of NUFA FC.  Dan goal , terus goal sampai bie pun tersumbat dalam goal. Ahahaha mengekek gua gelak kat luar padang.




Nufa pompom girl pun dr dok kat stage turun ke bawah. Hehe. Riuh padang jadinya.



Yang funny part buat kami semua gelak besar, kak ina dari lepak dengan kami trus pegi ke goal teman husband dia jaga goal. Siap boleh selfie lagi depan goal. Hahahaha. Punya la rileks game ni.




Lepas habis 2 half main, kemenangan pun berpihak kepada NUFA FC . Bie dengan powernya score 6 goal... Hahahahaha.


So, seperti yang dirancang, kol 11 kami gerak menuju ke Sg Gabai. Egt kan kan Dekat. Boleh tahan jgak jauh. Hehehe


Aktiviti kat sungai ni pulak ada bbq and potluck. So time ni mmg makan dan mandi je. Mmg best la air terjun dia. Air mmg sejuk gila tp fresh sgt bila dapat basah kepala. Kawasan air terjun dia berbatu. Batu jenis sliding. Bukan batu berketol.











Kalau nak g sekali lagi gua kene pikir byk kali lah.. Bapak tinggi mcm panjat gunung. Vibrate lutut baq hang.

Air terjun tu mmg cantik sgt. Tggi lak tuuu. Seram jgak. Lg atas lagi seram.

Tq kepada yang bawa makanan. Semua nya sedap2 sampai nak kuyu mata makan. Hehehehe. Bie pun tak henti makan. Tq Nufa Family !


Hari makan petang, kami semua pun dah hilang tenaga. Balik tu by pulak dok merengek nak durian, jumpa 1 stall by still pikir nak benti ke tak..kali kedua jumpa still tak benti. Bie kata kalau kali ketiga jumpa kita benti. Hahaha. Rezeki bie, mmg ada stall durian. Trus dia benti.



Ha tgk tu. Durian dia. Nasib gua ni tak gila sgt durian. Makan tu makan tp takde lah sampai hantu durian. TAPI malang nya durian tu tawar . Tak manis. Isi pun nipis. 





So, sampai je kat area Dusun Tua.. Terus terjah kolam air panas. Kolam dia mmg best la. Senang cari sbb tepi jalan. Panas sungguh air tu sampai tak sanggup nak celup kaki..pastu balik nyesal wehhhh. Kaki sakit tangkap betis.


Kecik je kolam ni. Utk celup kaki.


Kawasan yg dalam tangan gua tu ekceli berasap. Kat situ punca air panas.

Bie test water sebelom gua nak celup kaki.
Panas sgt dia kata. Tak sesuai.

Pastu by nampak laksa, trus dia singgah makan. Air kelapa fresh situ mmg sedap. Mmg strategik kawasan. Sebelah kolam air panas, pastu ada warung lak.

Pic akan di upload nt sbb kan internet slow sgt. Herm. By pun dah ngantok kami pun balik lah ampang. Rupa nya Sg Gabai dengan ampang dekat je. Hehehhee. Dah 2 tahun dok sini inilah pestime pergi sg gabai. Hehehee 

Sesi tgk balik pic













Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. This team mmg terbaik!



Lots of love,
Mia.

Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia