LADYBAT : FAMILYDAY @ PEYDEE !

.hye hye . entry kali ni mengenai bibiy's family day. tp gua join skali . hahaha . dah di invite rugi lah tak pergi kan? kali ni gua berkampung di Primaland Resort and Convention Centre !

hari jumaat biy came and pick me up kat ampang . so sampai sana dlm tgh malam jgak la . lewat juga tido berborak sampai le pagi . awal pg sabtu tu bangun , gua dgn biy merayap pergi pantai .. sesat2 jugak la, tak silap gua nama tempat tu pelanduk . mgkin kampung pelanduk. tak berapa egt . sampai kat laut tu aku mula lah teruja hihihi. yela , air kat sini cantik . warna biruuu hijau2 cam tu .


sebenar nya tujuan kami nak cari jeti . biy ni haa , sibuk nak cari port memancing .
dari tempat kami lepak ni mmg nampak jeti tu so we decided nak pergi la kat jeti tu . tak sangka jalan yg kami teka tu betol . hahahaha. sampai kat situ biy plak nampak makanan kegemaran dia . "laksa" . tp mula mula iman dia kuad so kiteorg trus pergi kat jeti . selfie dulu . kahkahkah.





view dr jeti tu cantik . nampak view marina bay resort . siapa tak tahu, marina ni kat mana2 pantai besar mesti ada cthnya kat lumut. tmpat dia mmg terbaik sbb mmg sgt cantik.
bila terasa panas peluh pun mula nak amik tempat kat badan kiteorg pun make a move and biy plak nak makan laksa tepi jeti . so layan kan la . not bad sedap jgak laksa tu . pedas dgn angin sepoi2 bahasa tepi laut. seronok gak la berdating . hehe . tu first time kiteorg dating . and i admit i sgt kekok dgn biy.



lepas habis makan keluar je kedai mata gua terus terpandang BUAIAN !! Ekceli td dah nampak tp tak eksaited .kali ni nampak mcm kekanak riang dah gua . egt gua je seronok bf gua lg eksaited lepas tgk gua jatuh dr buaian . so dia pun main la skli . konon nak main kejap , tgk2 2 2 mcm tanak balik sbb buaian tu syiokk sgt ! hehehe






nak ke tanak ke kiteorg ttap kene balik sbb ptg tu dah janji dgn family dia nak pergi water park dlm primaland resort tu . waterpark dia buat kiteorg semua eksaited sbb ada sliding ada sotong besar. mmg best lah . kalau bebudak pun mmg derang tanak naik gua rasa . hihihi. pukul 12.30,kami turun . beli tiket. price dia per session . mean 7am to   12pm then 1230pm to 7pm. 2 session 



quality pic was bad.


so kami amik sesi ptg . i mean tengah hari. haritu plak cuaca just nais tp bahang . mandi sakan la kiteorg sampai tak sedar buka gua dah hitam!!! gua lupa nak pakai sunblock !!!!!!!!!!!

tayah ckap mmg hitam muka hidung dgn dahi mmg ketara.gua mmg tak berapa win bab berenang.tiap kali gua berenang dia perati je. agak2 tangan dah sampai nak capai kepala gua, dia pegi benam kan . gua pun gelupur lah ! hahahahaha . dia kata kelakar tgk gua gelupur . gua dlm air tu mcm nak tersedak dia bantai gelak. tp bila cerita balik mmg kelakar pun.



Cimie awal2 nak terkam yg ni . tp dia bukak ptg siked.

bila dah ptang pacik dan macik dia pun sampai dr seremban. and join kami semua mandi. bila dah ramai, dapat plak pool yg tadek orang, ada net dan bola. so derang main bola tampar dalam air . mula2 kami2 je m lepas tu ramai kanak2 yg dtg main  mgkin sbb tgk kami riuh. hahaha. seronok dan kelakar sbb ada beberapa insiden. ada budak melayu ni asik panggil abah bofen gua " atuk" . ayt dia "atok bagi bola kat saya! " selagi tak dpaat slagi tu lah dia ulang . aku dalam pool dgn family member lain tu dah mengekek gelak.hahaha

habis je mandi , by ajak g extreme park sbb uncle dia nak g sana. so aku pun ikot ah . biy main atv aku pun nak main jugak mcm jantan.mula2 tu mmg laju aku bawak . tah mcm mana aku tak dpt kawal atv aku terbabas pergi ke dalam sungai yg air dia tgh naik n dalam gilaaa . Ya Allah malu satu hal cuak pun 1 hal luka lg 1 hal . tp semangat gigih aku trus kan jgak perjalanan . ikot haty mmg aku trauma gila and mcm tanak bawak dah atv tuuu.




Nasihat aku perempuan lebih baik jgn bawak . bukan apa laluan kat dalam tu memerlukan tenaga yg banyak . sgt mencabar laluan dia . dgn batu dgn laluan sempit. dekat dgn sungai . mmg syiok sbb lalu hutan yg dekat dgn pantai. tp selain aku ada lg yg eksident teruk sbb tak dapat kawal . moto dia pun tak berapa nak cun keadaan.

harga : rm35/head . 30minit  perjalanan pergi balik.



aktiviti malam pulak  makan bersama his big family and lepak kat dataran kemang sambil tgk mini konsert. saje menghabiskan masa.


pagi ahad tu, terus ke jeti Sg Linggi. nak mancing katanya. tp tak pun . tgk orang memancing je. masa tgh lepak ramai2 bawah jambatan tu ada anak ketam batu. byk gila . rasa mck nak tgkap je buat masak lemak . kihkihkih




sebelum balik, kami lepak di teluk kemang sambil teman si cimie mandi laut.letih mmg letih tp sangat berbaloi . kali ni mmg happy. tq to biy and family for this vacay ❤❤❤.


LOTS OF LOVE,
MIA.

Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia